Warna Baju Boleh Pengaruhi Mood Kita? Betul ke?

By: Nur 'Inayah Binti Hanif Salihudin

Nampak macam pelik je kan bila warna baju kita boleh pengaruhi mood kita dan orang sekeliling. Tapi, betul tau! Cuba korang experiment sendiri, kalau jadi boleh bagitau sis! Nak tau macam mana warna baju boleh pengaruhi mood kita? Ok, meh sis kongsikan..

1. Hitam

Haaa, baju hitam ni boleh dikatakan semua orang akan ada satu warna ni dalam almari diorang kan? Jom tengok warna hitam boleh pengaruhi mood kita dari segi apa?

2. Biru

Mana yang selalu stress bila pergi ofis tu boleh lah selalu pakai baju warna biru. Sebab apa? Haa, korang baca jelah kat bawah ni! Mujarab juga eh warna biru ni?

3. Kuning

Nak mudah didekati? Boleh lah pakai baju warna kuning, yelah warna kuning ni kan warna yang ceria. Dari jauh dah boleh nampak dah bila korang pakai baju warna kuning ni!

4. Merah

Sis memang suka warna merah. Nampak garang tapi pada masa yang sama nampak sangat classy tau! Bila pakai warna merah ni memang rasa macam yakin sangat nak jumpa semua orang.

5. Hijau

Mesti ramai peminat Zoe Arissa ni minat warna hijau kan? Yelah, bila pakai warna hijau ni rasa macam tenang je kan? Sama macam kita tengok keindahan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan. 

Betul tak info yang sis share ni? Korang ada alaminya tak? Kalau nak tengok design baju cantik-cantik dengan warna-warna yang menarik, yang boleh menceriakan mood korang tu, jomlah tengok website kami ni. Mana tau ada yang berkenan, boleh terus pakai pergi kerja atau pergi keluar jalan-jalan kan?