Tips Pemilihan Seluar Yang Sesuai (Mix & Match OOTD)

By: Nur 'Inayah Binti Hanif Salihudin 

Kadang-kadang pening pagi-pagi bila tengah bersiap taktau nak pilih seluar yang sesuai. Dah pilih seluar, taktau nak padankan dengan baju pulak kan? Sabar, sis pun pernah lalui semua tu. Harini sis nak kongsi tips pemilihan seluar yang sesuai. Bukan tu saja tau, sis nak kongsi juga tips mix & match untuk OOTD korang semua di Zoe Arissa.

1. Seluar Bercorak

Seluar bercorak sesuai digayakan dengan blouse bercorak kosong atau plain, tak kira blouse plain biasa atau pun stail yang heavy sikit seperti blouse lengan kembang. Gabungan Camilia Plain Blouse dengan Charmine Plaid Pants sesuai untuk korang yang nak nampak simple tapi kemas. Daneeya Bishop Sleeves pulak sesuai untuk korang yang nak tampil vogue dan elegan. Selain blouse, blazer juga boleh digayakan bersama seluar bercorak.

2. Seluar Berpotongan 'Slim Fit'

Nak nampak kurus semestinya kena pakai seluar yang tak terlalu kembang dan tak terlalu ketat. Cukup hanya dengan potongan ‘Slim Fit’ sebab dia akan bagi ilusi kurus dekat peha kita. Disebabkan Laluna Slim Pants ni bercorak kosong, jadi sangatlah sesuai untuk korang padankan dengan blouse yang berlengan kembang atau 'puff' seperti Cantara Flower Blouse atau Hawraa Cotton Puff untuk nampak lebih menarik. Kalau nak pakai blouse labuh macam Medina Long Blouse Plain pun sesuai sangat atau untuk lebih feminine boleh gayakan dengan Haneeya High Neck Blouse sebab ropol dekat blouse ni sangat minimal tapi tetap cantik.

3. Seluar Berpotongan Lurus

Rasa malas nak bersiap tapi masih nak bergaya? Boleh lah pakai seluar berpotongan lurus macam Merralyne Slim Pants ni. Yang penting material seluar tu kena yang ringan dan flowy barulah selesa. Kalau korang nak tau Merralyne Slim Pants ni material soft cotton tau so memang sangat selesa dan sesuai sangat kalau malas nak bersiap tapi masih nak nampak elegan. Seluar berpotongan lurus ni sesuai digayakan dengan blouse plain macam Cassandra Blouse atau boleh digayakan bersama outerwear macam Pashlaa Cardigan bersama dengan tshirt atau inner di dalam.

4. Seluar ‘Highwaist’

Seluar 'Highwaist' ni sesuai sangat untuk korang yang nak nampak efek kurus tu sebab seluar highwaist ni dia boleh cover area perut kita. Seluar 'Highwaist' ni sangat sesuai digayakan dengan blouse pendek macam Sashaa Bow Collar dan Necklace Blouse Arissa. Kalau nak padankan dengan blazer lepastu tuck in baju atau inner di dalam pun sangat cantik. 

5. Seluar Bertali Pinggang

Seluar bertali pinggang boleh menampilkan ilusi pinggang yang lebih kecil, sangat sesuai juga untuk korang yang nak tuck in baju ke dalam. Terus nampak elegan tau bila ada tambahan aksesori tali pinggang ni. Paula Cotton Pants adalah pilihan terbaik untuk korang yang nak pilih seluar yang siap bertali pinggang. Sesuai dipadankan dengan blouse bercorak macam Ateefa Abstract Blouse, blouse plain labuh seperti Afra Long Blouse atau pun blouse lengan kembang seperti Baseema Puff Blouse atau Bellinda Georgette Puff.

Senang je kan sebenarnya nak pilih seluar yang sesuai ni? Yang penting ikut keselesaan korang. Sis dah share tips mix and match ni, apa lagi jom lah shopping-shopping di Zoe Arissa.