Tips OOTD Pleated Skirts Tampak Kemas & Cantik!

Oleh: Najihah Akhmal Madiki

Perasan tak sekarang ramai yang berminat pakai pleated skirts sebagai part of their OOTD? Kain pleated ni sememangnya ramai peminat sebab texture kainnya yang jenis berlipat dapat memberi effect yang kurus dan tinggi kepada pemakai. Tapi, tak semua tahu tips penting untuk mengenakan blouse apa yang sesuai dengan kain pleated. Jom sis kongsi tips-tipsnya!

1. Blouse Kosong

Ramai yang ada blouse kosong tapi dah bosan nak pakai dengan pants or jeans kan? Apa kata korang try pakai dengan pleated skirt yang bercorak mcm dalam gambar ni. Barulah korang dapat OOTD yang simple tapi cantik je untuk ke office atau casual outing!

2. Blouse Bercorak

Haa, ini pulak untuk korang yang suka blouse bercorak tapi risau akan nampak terlalu serabut dan too much bila nak pakai skirt kan? Jangan risau, korang boleh mix & match dengan skirt yang kosong ataupun mempunyai corak yang minimal. Nah, sis bagi rujukan sekali untuk korang.

3. Blouse Panjang

Tips ketiga ni memang tak ramai yang berani cuba sebab risau nampak rendah. Style macam ni sesuai sangat untuk sis yang tinggi lampai dan akan bagi effect yang kurus. Okey, untuk sis yang rendah pula, korang jangan risau tau! Sebab korang masih boleh pakai look macam ni tapi kena tambah aksesori contohnya tali pinggang, rantai dan heels supaya nampak lebih tinggi dan kurus.

4. Blouse Putih

Tips ni memang sangat-sangat sesuai untuk semua jenis tinggi dan saiz. Sebab blouse putih ni confirm ada dalam almari korang and senang nak mix & match dengan apa-apa skirt sekalipun! Tapi korang kena tahu tau, less is more! Warna putih dah boleh nampakkan korang mempunyai look yang minimal tapi stylish!

5. Tona Blouse

Tips ini pula, kalau korang suka warna yang kontra, korang kena pandai pilih warna yang berbeza tapi masih nampak cantik dan sesuai. Ia juga untuk elakkan OOTD korang nampak too much. Kalau korang suka warna yang mempunyai tona yang sama, korang kena pilih warna yang seakan-akan ataupun lebih kurang dengan pilihan skirt korang okay!

Haa, dah tahu kan tips-tips untuk pakai OOTD pleated skirts macam mana? Zoe Arissa ada banyak pilihan pleated skirts agar korang tak pening-pening dah nak cari yang cantik, berkualiti & murah! Korang boleh eksperimen dengan OOTD skirt lebih-lebih lagi jenis skirt pleated untuk nampak lebih sweet atau vogue! Yang penting, confident okay!