Tips Berfesyen Untuk Nampak Lebih ‘Slim’

By: Nur 'Inayah Binti Hanif Salihudin

Setiap wanita mesti nak nampak menarik bila keluar dengan kawan, jumpa client, pergi office atau pergi ke shopping mall kan? Bila kita nampak menarik, automatik kita akan lebih yakin untuk lalui rutin harian kita.

Tapi selalunya wanita yang bersaiz besar sering merasa rendah diri dan tak yakin dengan saiz badan mereka. Jangan macam tu girls, setiap saiz dan bentuk badan kita dah sempurna dan cantik tau! Jom tengok tips berfesyen untuk nampak lebih 'slim' yang sis share ni. Barulah yakin nak ambil gambar OOTD nanti!

1. Pemilihan Fabrik

Pemilihan fabrik ini sebenarnya memainkan peranan besar dalam berfesyen terutama untuk gadis yang bertubuh gempal untuk kelihatan lebih kurus. Biar pun ramai yang beranggapan bahawa fabrik kapas hanya sesuai dijadikan baju kurung atau kebaya, namun dengan perubahan dunia fesyen terkini mampu menjadikan fabrik kapas sebagai satu penghasilan menarik terutama mengunakan potongan yang sesuai untuk gadis gempal.

2. Pemilihan Corak

Untuk pemilihan corak pula, disarankan untuk memilih corak stripes menegak. Jarak antara stripes pun sangat penting jugak taw. Pilih jarak yang dekat supaya garisanya nampak halus sekali gus memberi ilusi kurus kepada gadis gempal.

Jika hari-hari memakai corak stripes pun bosan jugak. Nak nampak kurus punya pasal. Sekali sekala cuba kita beralih kepada corak pula.

Elakkan corak yang penuh sebaliknya pilihlah corak bunga yang kecil dan jarang-jarang sekali gus menampakkan ilusi kurus dan kecil. Tetapi berlainan dengan corak polka dot. Korang digalakkan untuk memilih polka dot penuh dan kecil. Simple but nice gitu.

3. Pemilihan Design

Ingat orang kurus je boleh pakai skirt? Dengan pemilihan cutting skirt yang betul sebenarnya korang boleh kelihatan slim.

Memilih seluar yang selesa dalam masa yang sama mencantikkan bahagian tubuh sebenarnya memerlukan masa yang lama. Oleh itu, dengan mengikuti tips ini, korang dapat menjimatkan masa korang dalam pemilihan seluar.

Manakala tips pemilihan baju pula dinasihatkan memilih baju yang ngam-ngam dengan badan iaitu tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Saiz biarlah bertetapan dengan ukuran badan.

Haaa, dah baca kan tips-tips yang sis dah share? Semua baju and seluar yang sis tunjuk tu semua ada di Zoe Arissa ni. So senanglah, korang pilih je apa yang bersesuaian dengan saiz badan korang dan gayakan dengan yakin! Apa tunggu lagi, cepat-cepat add to cart tau!