Muka naik jerawat bila pakai 'face mask'? Ini penyelesaiannya.

By: Nur 'Inayah Binti Hanif Salihudin

Perasan tak bila kita pakai mask, muka kita lama-lama akan rasa tak selesa, berpeluh, berminyak, semua lah kan? Lama-lama tumbuhlah pulak jerawat yang disebabkan oleh pemakaian mask ni, terutamanya di kawasan yang kerap tertutup seperti di pipi, hidung dan dagu.

Secara ringkasnya ia terjadi disebabkan pengumpulan bakteria yang terjadi dari kombinasi beberapa perkara iaitu keadaan lembap pada topeng, karbon dioksida serta udara suam yang terhasil dari nafas kita. Selain itu ada juga inidivu yang mengalami alahan disebabkan face mask digunakan mempunyai bahan pengawet seperti formaldehid sehingga menyebabkan kulit muka menjadi merah, gatal-gatal & tumbuh jerawat.

Jom tengok cara-cara kita nak elak dan kurangkan penghasilan jerawat bila kita pakai face mask!

Yang ni perkara yang paling penting, bila kita pakai mask, bakteria kan mudah terkumpul. Tambah lagi dengan peluh dan minyak yang terhasil dekat muka kita tu. Dah lah tak selesa, bahaya jugak tau! Sebab sekarang ni kan musim Covid-19, jadi kita kenalah utamakan kebersihan. Bila kita gantikan mask setiap 3-4 jam, takdelah bakteria nak terkumpul dekat muka kita dan risiko kita terkena virus Covid-19 pun akan berkurangan. 

Mudah bila pakai mask berfabrik atau pun mask kain ni, sebab dapat jimat kan? Tak perlu pakai buang. Pakai je, basuh, boleh diguna semula. Tapi, yang buat mask fabrik ni bahaya ialah bila sesetengah pengguna tak basuh mask tersebut terus. Lepas pakai, tinggal dalam kereta atau biar je atas meja. Tu yang bakteria terkumpul, bahaya tau! Ibarat kita bawa balik virus ni pula.

Boleh je sebenarnya nak pakai mekap disebalik mask, tetapi takperlulah pakai tebal-tebal. Dahlah membazir, sebab mekap kita tu akan melekat dekat mask. Tambah pula, bakteria terkumpul, pori-pori tersumbat, habislah muka kita tumbuh jerawat dengan banyak...

Bila kita perasan muka kita dah mula tumbuh jerawat, rehat dan rawat muka kita terlebih dahulu. Fokus dengan menjaga rutin harian skincare kita, stop sekejap pakai mekap, biar kulit kita 'bernafas. Cuci muka bersih-bersih lepas seharian pakai mask tu, takdelah bakteria tu hinggap lama-lama dekat muka kita.

Ada yang berpendapat bila muka naik jerawat, kena skip pakai pelembap muka sebab takut kulit berminyak. Salah tu sis! Bila kita pakai mask, muka kita akan menjadi kering, lapisan mask yang sentiasa bergesel dengan kulit tu akan menyebabkan kulit menjadi iritasi. Untuk mengelakkan situasi ni, kenalah pakai pelembap. Bila kulit lembap, takda iritasi dan takdalah tumbuh jerawat. Hehe, semoga bermanfaat!

Jangan lupa amalkan tips-tips ni, girls. Lebih baik kita mencegah daripada merawat, betul tak? Bila kulit cantik, OOTD pun kena lah 'on point'. Jom shopping di Zoe Arissa, mana lah tau boleh tambah koleksi dalam almari korang!