Idea 'OOTD' Ke Pantai Sesuai Untuk Hijabi

By: Nur 'Inayah Binti Hanif Salihudin

Sekarang ni memang orang tengah mood nak bercuti ke pantai kan? Sambil kita bersantai-santai, outfit kita pun kena on point tau! Baru lah cantik bila nak OOTD dengan pemandangan laut. Jom tengok inspirasi idea yang korang boleh gayakan, jangan risau tau sebab semua tips kami ni memang hijab friendly

1. Blouse Labuh

Blouse labuh ni memang sesuai digayakan dekat pantai tau sebab dekat pantai ni selalunya angin kuat, so bila kain terselak tu takda lah risau bila kita gayakan blouse labuh kan? Lagi best kalau material yang kita gunakan tu ringan dan flowy. Memang rasa best je sejuk angin pantai tu!


2. Skirt Panjang

Selalu tak tengok instafamous OOTD tepi pantai mesti pakai skirt . Nak tau tak kenapa? Sebab bila ambil gambar, jalan tepi pantai dengan skirt yang flowy mesti nampak cantik sangat. Lagi-lagi kalau skirt korang tu bercorak bunga-bunga kecil. Memang sesuai dengan tema pantai dan relaks.

3. Blouse Kembang Bercorak

Blouse bercorak bunga atau pun daun-daun kecil memang cantik digayakan ke pantai. Yang penting,  korang kena pastikan blouse korang tu tidak terlalu tebal dan kainnya jenis flowy tau! Barulah korang selesa nak bersantai sambil duduk dekat tepi laut tu.

4. Dress Labuh

Dress labuh, sama ada bercorak atau pun kosong sangat sesuai digayakan di tepi pantai. Kita nak bergerak pun selesa kan sebab tak pakai ketat-ketat, sesuai dengan angin kuat di tepi pantai. Nak duduk tepi laut, nak minum air kelapa semua boleh. Takdelah pergerakan korang tu terbatas! 

Dah ada idea dah nak gayakan pakaian korang ke pantai? Kalau dah ada, jomlah tengok-tengok koleksi kami di Zoe Arissa. Mana tau boleh jadi pilihan OOTD korang ke pantai hujung minggu ni bersama keluarga.