Fahami fesyen kurung yang sesuai dengan tubuh fizikal

Orang perempuan ini memang suka sangat membahagiakan diri. Pelbagai cara untuk membahagiakan diri, salah satu nya shopping baju termasuklah baju kurung! Pantang tengok trend baru yang ada mesti nak cuba. Walaupun kadang-kadang tak semua rekaan baju tersebut sesuai dengan bentuk tubuh sendiri. Jadi, sebelum jadi mangsa fesyen baju kurung nanti ada baiknya anda faham bentuk fizikal terlebih dulu. Jangan terus beli sebab tengok orang lain pakai cantik pula ya!

 

• Baju kurung

Istimewanya rekaan baju kurung tradisi ini adalah semua wanita tak kira bentuk tubuh macam mana sekalipun sesuai menggayakannya untuk ke acara formal mahupun hari biasa. Kalau hendak nampak selamat, baju kurung adalah pilihan yang paling tepat.

 

• Baju kurung mini / moden

Jika mahu tampil sedikit berbeza tapi masih mahu kelihatan ayu ketika bertemu sanak-saudara, beralihlah ke penggayaan baju kurung moden. Lebih menonjolkan siluet tubuh berbanding rekaan baju kurung yang loose, ia juga sesuai untuk semua wanita. Begitu juga baju kurung mini.

 

• Kebaya

Kebaya sememangnya cantik dipakai dan menyerlahkan lagi sisi kewanitaan. Namun harus ingat, tak semua sesuai menggayakannya. Tetapi apa yang kita boleh buat adalah dengan sedikit gaya dan ubahsuai pada Kebaya, segala saiz wanita dapat menyarungkannya. Lebih tepat, kebaya amat padan buat wanita yang bertubuh langsing kerana rekaan baju ini mempunyai potongan mengikut bentuk badan. Bagi yang berbadan gempal, tiada masalah untuk menggayakan kebaya, hanya pastikan membeli Kebaya Labuh atau kembang supaya dapat memberi ilusi ramping tubuh kerana ia dapat menutup segala kekurangan di pinggang dan pinggul.

 

•Peplum

Apa yang pasti, wanita yang memiliki fizikal kecil dan kurus tidak punya masalah untuk memakai apa jua rekaan. Wanita berbadan gempal juga boleh memakai rekaan ini kerana rekaan baju peplum tertumpu pada bentuk pinggang serta jahitan pleated itu sendiri dengan tujuan untuk menyerlahkan bentuk pinggang yang ramping. Baju ini direka untuk menyembunyikan segala bentuk perut kamu yang sebenar. Sebelum membeli, pastikan kamu mengetahui saiz diri sendiri terlebih dahulu bagi memastikan keselesaan dan kesesuaian mengikut bentuk badan.

 

 

 

TAK PERLU SUSAH HATI, KOLEKSI ZOE ARISSA CANTIK-CANTIK!

Kini, ZOE ARISSA mempunyai promosi 2 Kurung dapat RM10 Off tauu. Bawah RM100 pula tu. Yang penting, selesa, kain berkualiti tinggi dan rekaan yang up-to-date. Juga tersedia dari saiz S sehingga XXXL! Sesuai untuk semua jenis bentuk tubuh wanita. Apa yang pasti, anda akan rambang mata tengok koleksi-koleksi eksklusif ini. 

Bagaikan jelmaan Wanita Terakhir yang berjiwa tradisi dan penuh kesantunan. Tak sah rasanya jika kita tidak memiliki persalinan baju kurung. Meskipun ada bermacam-macam design sekarang ini, busana tradisional tetap menjadi pilihan.