Cara Ukur Saiz Bila Beli Baju Online

Pernah tak korang beli baju online, dah rasa teruja tunggu depan pintu. Tiba-tiba.. Bila parcel sampai, cepat-cepat try baju tapi bila dah try tak muat?! Mesti stress kan? Jangan risau, sis akan kongsikan tips ukur saiz baju supaya bila baju tu sampai, takdelah korang stress bila tak muat!

1. Ukur Bahagian Dada

Ukuran bahagian dada ni penting tau! Kena pandai ukur sebab kalau silap, memang korang takkan dapat pakai baju tu. Yelah, ada orang mungkin bersaiz S tapi mempunyai ukuran dada yang agak besar. So, kena naikkan satu saiz, iaitu saiz M. 

2. Ukur Bahagian Pinggang

Ukuran bahagian pinggang ni lah yang akan membuatkan baju korang ni nampak lebih cantik bila korang pakai. Kena ingat, ukuran pinggang ni jangan terlalu ketat atau terlalu longgar tau! Barulah baju yang korang pakai tu nampak terletak dekat badan korang. 

3. Ukur Labuh Baju

Ukuran labuh baju ni selalunya mengikut kesesuaian masing-masing. Sebab ada orang suka baju singkat, ada orang suka baju labuh. Mana-mana pun pilihan korang, yang penting ialah keselesaan korang dan cara korang menggayakan baju tu.

Dah ikut tips yang kami sediakan ni, korang takpayah risau dan takut lagi untuk beli baju online. Lebih mudah dan menjimatkan masa sebenarnya bila beli baju online ni tau. So, apa lagi? Jomlah tengok baju-baju di Zoe Arissa. Macam-macam design ada tau!