Cara Banyakkan Susu Ibu Untuk Mommies Kat Luar Sana

By: Nur 'Inayah Binti Hanif Salihudin

Susu ibu ni makanan terbaik untuk bayi tau? Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan. Proses penyusuan ni merupakan satu kepuasan kepada si ibu, betul tak? Tapi, sesetengah ibu yang menyusukan bayi mesti akan menghadapo masalah kekurangan susu. Jom tengok tips banyakkan susu ibu, semoga bermanfaat! 

1. Relaks & Bertenang

Ya! Korang perlu bertenang. Tekanan merupakan salah satu punca penghasilan susu terganggu. Ramai yang tidak sedar benda ni, tapi korang perlu tahu yang bila korang bertenang, tindakbalas hormon akan meneutralkan dan membantu dalam pengeluaran susu.

2. Berfikiran Positif

Ramai ibu yang stress dengan penghasilan susu badan mereka. Lagi-lagi bila susu yang dipam semakin hari semakin berkurangan. Bayi yang disusukan pula selalu merengek bila tak cukup susu. Nak tau kenapa benda ni terjadi? Jawapannya ialah ‘mindset’. Otak merupakan organ utama yang mempengaruhi tindakan manusia. Setiap fikiran atau idea yang dijana oleh otak akan dihantar ke anggota badan yang lain untuk bertindak.

3. Supply & Demand

Susu yang dihasilkan oleh payudara korang sebenarnya cukup untuk bayi korang mengikut umurnya. Jadi janganlah bimbang jika bayi kerap merengek walaupun dah menyusu beberapa kali. Naluri bayi memang nak selalu didakap dan dibelai terutamanya oleh ibu mereka. Comelnya! 

4. Minum Banyak Air

Jadikan air kosong sebagai teman rapat korang. Bawalah bekal air minuman ke pejabat dan letakkan di atas meja atau di tempat yang mudah korang nampak. Bila ada je air, alasan lupa atau takda air minuman tak boleh digunapakai lagi lepas ni.

5. Perah Susu Badan

Yang ni rasanya semua orang dah tau! Kalau nak banyak simpanan, kena perah banyak-banyak. Niilah antara tips banyakkan susu badan yang banyak diamalkan oleh ibu bekerja. 

6. Pilih Baju 'Nursing Friendly'

Macam mana nak sentiasa perah susu badan kalau baju yang korang pakai tu tak sesuai betul tak? Pemilihan baju ni pun sangat penting tau, bila kita selesa nak pam susu, kita akan konsisten bila nak pam susu badan. Yelah, masa kita di pejabat tu suntuk. Susah nak tukar baju atau buka baju bila nak pam susu. Paling senang, korang pakai je baju yang berzip atau berbutang di depan.

Dah tau kan cara-cara banyakkan susu badan? Semoga mommies di luar sana dapat berikan khasiat susu kepada baby-baby comel yang dianugerahkan tu. Kalau nak baju-baju yang 'nursing friendly', dekat Zoe Arissa ni memang ada banyak pilihan. Korang tinggal pilih je mana yang berkenan. So, mommies jomlah shopping di Zoe Arissa!