5 Tips Mulakan Bisnes 'Online'

By: Nur 'Inayah Binti Hanif Salihudin

Zaman sekarang ni mesti korang dah pro sangat dah bila bercakap pasal internet kan? Korang patut gunakan kemahiran korang tu dan kaut keuntungan dengan menjadi usahawan bisnes online guna internet dan media sosial je sebagai platform perniagaan tau! Rugi kalau korang leka melayari laman sosial tapi tak digunakan sebaiknya untuk menambah pendapatan. Nak tau macam mana nak mulakan bisnes online? Jom sis share tips berguna untuk korang!

1.  Jangan Hanya Fikirkan Keuntungan

Tunggu! Usah terlalu gopoh di dalam perniagaan. Tiada sebarang teori yang menyatakan pelaburan modal yang besar menjanjikan keuntungan yang besar sekiranya jualan yang anda lakukan tidak konsisten. Ada ramai peniaga yang terlampau mengejar untung sehingga sanggup membeli stok yang banyak tetapi tidak tahu cara terbaik untuk menjualnya. 

2. Gunakan Modal Yang Rendah

Anda dinasihatkan untuk menjadi lebih bijak di dalam memulakan perniagaan. Jangan buat pinjaman bank, pinjaman Ah Long dan menyusahkan sanak-saudara dengan wang yang ingin dilaburkan di dalam perniagaan online anda.

3. Jangan Ambil Risiko Tinggi

Di dalam hal ini, anda perlu mengenal pasti potensi produk yang ingin dijual. Sekiranya produk anda adalah dari jenis yang tidak tahan lama, anda perlu merancang jumlah kuantiti pembelian stok agar tiada stok yang disimpan terlalu lama kerana dikhuatiri ianya mudah rosak.

4. Belajar Ilmu Pemasaran

Walaupun anda berniaga secara online, anda rasa ramai orang akan melihat apa yang ada jual tetapi, dengan lambaan perniagaan online yang ada sekarang, perniagaan anda mungki tak dapat dilihat oleh orang lain.

5. Mula Dengan Bisnes Dropship

Ini antara fakta yang diperakui oleh semua usahawan online yang telah berjaya. Sebagai permulaan, anda tidak perlulah berhempas-pulas dan memeningkan kepala dengan mencipta jenama (branding) dan membangunkan R&D untuk menghasilkan produk anda. Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri.

Zoe Arissa pun ada buka dropship tau! Kalau nak join, boleh lah PM kami. Jom tengok kelebihan menjadi dropship Zoe Arissa kat bawah ni.